Keluargaku terdiri daripada abah, mak, dua orang kakak dan seorang adik lelaki. Bapaku masih lagi bekerja sebagai juruteknik elektrik di Klang Port Management (KPM), Port Klang. Mak aku pula seorang surirumah sepenuh masa. Kedua-dua kakakku sudah pun berkeluarga dan kakak yang pertama telah dikurniakan dua orang cahayamata. Kedua-duanya perempuan. Yang pertama diberi nama NorAnis Zulaikha dan yang kedua pula NorAnis Zakirah. Secara kebetulan, si Zulaikha dilahirkan pada tarikh yang sama dengan birthdate aku, manakala si Zakirah pula dilahirkan cepat sehari dari birthdate abahku. Kedua-dua anak buah aku ini comel lote dan memanggil aku Pak Lang. Adik lelaki aku pula sedang mengikuti kursus AAJ (Ambang Asuhan Jepun) di Universiti Malaya (UM), KL. Aku juga mempunyai seorang adik perempuan bernama Fatasha Atina. Dia tinggal bersama keluargaku sejak kecil lagi dan telah menjadi sebahagian dari keluarga kami. Aktiviti bersama keluarga yang selalu dibuat ialah melancong dalam negeri. Abah dan mak aku suka sangat ke Kelantan dan Terengganu, manakala kakak aku pula suka ke pulau-pulau peranginan macam Langkawi. Aku dan adik aku ikut saja. Bila waktu semuanya bercuti, kami selalunya tiada di rumah. Kepulangan aku baru-baru ini, kami ke Penang, tapi aku terkilan kerana tak sempat sampai ke Kedah. Namun, dapat juga singgah di kampung kelahiranku, Kuala Kangsar. Kini, mereka semuanya berada di Klang, Selangor dan aku di sini sering merindui mereka terutama anak buah aku. Walau di manapun berada, kami tetap keluarga bahagia...dulu, kini dan selamanya...

   Senarai ahli keluarga mengikut turutan...
     # Zainuddin bin Ibrahim...abah
     # Sirah binti Labit...emak
     # Norzehan binti Zainuddin...kak long
     # Norazizan binti Zainuddin...kak ngah
     # Mohd Azhar bin Zainuddin...alang
     # Mohd Radzi bin Zainuddin...ucu
     # Fatasha Atina binti Abdul Halim...Ina


     # Abg Zack dan Abg Azri...abg ipar
     # Nor Anis Zulaikha & Nor Anis Zakirah...anak buah

              

Note: Gambar perseorangan keluarga sedang di per'adobe photoshop'kan....coming soon!


Lot 6244, Jalan Bukit Jati,
Shah bandaraya, 41000 Klang,
Selangor, Malaysia.