Benda yang paling aku suka buat ialah berjalan makan angin. Dengan kata lain, aku ni suka sangat travel especially tempat-tempat jauh macam ke luar negeri. Setakat ni, selain Jepun, aku dah pun meneroka bandar-bandar utama di Eropah seperti London, Paris, Brussels, Amsterdam, Zurich, Munich dan banyak lagi. Sehinggakan aku ke Rom untuk kali kedua tahun ni sebab kepingin spagheti. Banyak kenangan pahit dan manis terutama bila berada kat Istanbul. Mana taknya, negara islam, cuaca pulak sejuk dan makanan pun,mmm...enak sekali.
     Masa di MRSM dulu, aku pernah bergiat dengan aktiviti-aktiviti kembara (kembara club member) seperti panjat gunung, redah hutan, camping dan macam-macam lagilah. Kalau sports pulak, aku ni boleh dikatakan hebat jugak main badminton. Semenjak berkecimpung dari sekolah menengah, pernahlah merangkul macam-macam title dan yang paling berharga bila dapat gelaran 'Juara Acara Beregu Lelaki Peringkat Wilayah Tokyo' autumn'98. Autumn'99 yang baru ni juga berkat rezeki tuhan, aku dapat pertahankan gelaran juara dalam pertandingan yang sama. Sehingga kini, aku masih lagi bermain sambil berlatih bersama kekawan Indonesia yang juga menuntut di sini. Selain tu, aku gemar mendengar muzik dan menonton movie. Semua muzik aku dengar, tapi muzik yang paling aku gemari ialah R&B pop dan ahli muzik yang aku respect ialah Kenny G dan David Foster. Movie pulak, tak kisah samada yang heavy, mysterious atau SF, yang pentingnya filem tu ada kualiti dan kekuatan yang tersendiri. Antara filem favourite aku seperti Titanic, Armageddon, L.A Confidential dan My Best Friend's Wedding. Aku ni memang suka enjoy life dan suka buat benda-benda yang meninggalkan kenangan. Hobi ni semua memang berfaedah, yang tak baiknya bila menjangkit hobi mengelamun. Kuat jugak aku mengelamun sejak akhir-akhir ni. Apa nak jadi tak tahulah.....